Reminder

Recent Posts

Friday, March 11, 2016

Bakti

Hampir menjejak setahun setengah ku biarkan ia berdebu. Kini aku kembali, kerana disinilah aku mencoret untuk mengurangkan rasa dan beban.

Setahun setengah berlalu terasa kejap. Kesempatan untuk berkumpul mengadakan Hari Keluarga Tok Sudin setahun yang lalu merupakan yang terakhir berkumpul secara lengkap. Selepas itu, kembali seperti biasa. Masing-masing dengan kekangan sesudah berkeluarga.

Namun tanggal 20/1/2016- 24/2/2016 merubah segala-galanya. Namun aku bersyukur di beri kesempatan selama sebulan menjaganya. Berulang-alik ke hospital seperti rumah kedua.

Masa inilah rasa bersyukur jodoh belum sampai. Seperti yang diviralkan. Mungkin jodoh bertemu suami belum sampai kerana jodoh dengan ibubapamu lebih panjang untuk berbakti. Aku tidak ralat kerana diberi kesempatan untuk berbakti kepada kedua-duanya. Mungkin kecil, tapi akan diingati. Masa pengubat segala-galanya. Rasa 10 tahun yang lalu masih ada sekelumit yang tinggal bercampur dengan yang baru. ALLAH tahu kemampuan kita dalam setiap ujian yang diberikan. Kesabaran dan kesabaran dan kesabaran serta tawakal dan redha menjadi ubatnya.

Friday, September 26, 2014

After 1 year

26 Ogos 2014
Genap setahun bekerja

22 September 2014
Genap setahun bergraduasi

Pejam celik pejam celik setahun sudah berada di arena kerjaya.
Arena yang banyak mengenal ragam2x manusia.

Dalam tempoh setahun bergraduasi geng kemok generation 09-13 ada yang mendirikan rumahtangga.
Tahniah geng. Wanie-Fad & Alin- Ain & Temah.

Krek krek krek

Tuesday, April 15, 2014

Last post Oct. 2013
Latest visit April 2014
Lama sangat tak melawat.
Habis bersawang.
Sibuk mengerah keringat.
Hampir terlupa kewujudan dia.
Hampir tertinggal hobi harian.
Membelek blog dan juga latest n3 from penulis yang berbakat.

Wednesday, October 9, 2013

Pengorbanan

Kagum dengan pengorbanan seorang ibu mahupun bapa.

Bekerja dengan gaji yang kadang kala kurang setimpal masih mampu membesarkan anak-anak.
Walaupun anak-anak sudah mampu menyara tapi mereka masih menggunakan kudrat mereka untuk mencari rezeki.
Berada di samping mereka, membuatkan diri ini bersyukur.
Rezeki Allah ada dimana-mana. Carilah rezeki yang halal.
Walau hanya sedikit,namun ia masih mencukupi. Keperluan diutamakan.

Hargailah ibubapa kita sementara masih ada ini. Reminder for myself.

#dikelilingi orang2x yang berpengalaman dan suka memberi nasihat. Syukur.

Saturday, September 28, 2013

I'm Graduated

Alhamdulillah, officially graduated from USM on 22nd Sept 2013. Perjalanan yang tak cukup tidur. Bergerak dari jb jam 0000am dgn keretapi dgn tidur2x ayam. 4 jam kemudian tiba di rumah sebelum memulakan perjalanan ke Penang dgn parents. Topup tidur dalam kereta. Sebelum gerak balik dari JB, my 2nd sister made a suprise small birthday celebration cum convocation day (21st & 22nd Sept)-she didn't came to my convo day sebab dah tak boleh jalan jauh (preggy mum). Sarapan pagi on 21st Sept-bertembung dgn my coursemate kat RnR-unexpected. Sampai Penang lepak Komtar sat-Penang sgt hangat bak hang. Bergaya dgn jubah konvo (warna purple u-amek feel mcm harry potter).

my early celebration.thanks angah n family
D-day-shiny day. meet all my coursemates and geng rencana hari ini. Berborak dan bergambar. Unexpected things happened but fortunately it happened b4 naik stage (tapak kasut tercabut-pinjam orang punye kasut). The feeling masa amek scroll was awesome. Memang tersenyum lebar hari tue :). Pagi sebelum bergerak ke DSTP dapat khabar gembira from my 3rd sister. Baru jadi mum on 4.45 am that day. Thats all my triple happiness last weekend.

4 of us. :) b4 ceremony

b4 ceremony but right after got the scanner card
Right after ceremony :)




my friend (Kama) -sanggup datang and dapat rose and choc for my convo n birthday :)


Right after got the scroll from Pro-chancellor

with bestie

Bestie from KMM. Akhirnya dpt bergambar.We shared similar interests. Man U glory

The couple. JBY my partner lab from 1st year. Asal jumpa bertekak je.

Geng aras masa di KMM.

The complete combo of my triple happiness. Holding Umar in his 2nd day. I make it :)

Saturday, September 7, 2013

NUkilan Bebas

Ramadhan sudah lama menjarakkan diri
kini syawal pula menyusul
Muharram bakal menghampiri dalam tempoh dua purnama lagi
Namun adakah azam yang terniat di awal muharram telah dilangsaikan?
Masih ingat lagikah azam yang tertanam itu?
Harapanku hanya satu membuat kebaikan yang sentiasa berpanjangan (istiqamah)

Tapi istiqamah juga memerlukan kekuatan dan pengorbanan diri
Istiqamah dalam kebaikan banyak godaannya
Jika berjaya melepasi godaan itu,maka teruslah istiqamah
Jika tidak cuba lagi hingga godaan itu berjaya ditepis (pesanan diri)
Nikmat Allah yang mana engkau mahu dustakan
Sentiasalah bersyukur dengan nikmat pemberianNya
Kemanisan selepas pengorbanan itu satu nikmat yang tak ternilai


*masih cuba istiqamah melakukan kebaikan..Semoga niat ini sentiasa tersemat di hati dan melangkah ke arah yang lebi baik